“Sesiapa
yang membaca dan menyampaikan Rasail Nur, maka dia telah berkhidmat untuk iman
dan al-Quran.”
Badi’uzzaman
Sa'id Nursi
“Dalam
sejarah Islam, tiga pergerakan Islam berikut telah bangkit dan meyerupai satu
dengan yang lain di mana setiap satunya telah memainkan peranan
yang besar dalam memelihara keimanan orang-orang Islam : 1.
Pergerakan Imam Rabbani, Shaykh Ahmad Sirhindi di India. 2.
Pergerakan Abdul Hamid ibnu Badis di
Algeria 3. Pergerakan Badiuzzaman Said Nursi di Turki.”
Prof. Abdul
Wadud Celebi
(Universiti
Al-Azhar, Mesir)
“Saya
percaya bahawa penulisan dalam Risale-i Nur sahajalah yang melihat dengan
secukupnya dan menyeluruh kepada kosmos seperti keadaannya yang sebenarnya,
menyampaikan keimanan dengan pentafsiran al-Quran seperti yang dikehendakki
oleh Rasul kita, mencari sebab penyakit yang menjangkiti manusia moden dan
menawarkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan
sepenuhnya. Sesungguhnya saya percaya bahawa pengarang Risale-i Nur layak untuk
di gelar Mujaddid.”
Dr. Colin Turner (Telah memeluk Islam)
(Universiti
Manchester,England)
“Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa
apa saja keimanan Islam yang masih ada di Turki pada ketika itu adalah atas
usaha tanpa penat dari Badiuzzaman Sa'id Nursi”.
Maryam Jameelah
Kitab Rasail Nur/ Risale-i Nur ini amat jarang dikuliahkan di Malaysia ini, dikenali sebagai Risale-i-Nur Kuliyyah dalam bahasa asalnya, Turki. Ia ditulis dari tahun 1910 sehingga 1950. Kitab ini tergolong dalam kitab Tafsir al-Quran. Namun uniknya, Syaikh Said Nursi mengarangnya tidak mengikut kitab-kitab tafsir lain, kitab ini ditulis berdasarkan tema-tema tertentu, seterusnya ayat-ayat berkaitan dimuatkan dan diberi syarah sewajarnya. Kitab ini merangkumi 14 jilid. Kitab magnum opus Syaikh Said Nursi ini merupakan refleksi kepada intipati al-Quran dan dipersembahkan mengikut kesesuaian eranya. Rasail Nur merupakan kuliah tarbiah Sa'id Nursi yang sepenuhnya berdasarkan al-Quran yang menyentuh keimanan. Oleh itu kitab ini lebih dikenali dengan Kuliyyat Rasa'il an-Nur. Sumber utamanya adalah al-Quran dan Hadis. Menariknya kitab ini juga sarat dengan kesejajaran sains dan Islam.
Antara judul jilid Rasail adalah:
Kalimaat
Maktubaat
Luma'aat
Shu'a'aat
Isharatul
I'jaz
al-Mathnawi
al-'Arabi al-Nuri
Malahiq
‘Asa Musa a.s
Sayqal
al-Islam
Penulisan berlangsung dalam period yang sangat dramatik dan tegang; ketika suasana masyarakat yang amat kritikal, jadi ia ditulis demi survival iman masyarakat ketika itu. Atas dasar itu beliau menulis Rasa'il untuk menghilangkan keraguan rakyat terutama yang berpendidikan barat terhadap al-Quran dan Islam itu sendiri.
Kesemua penulisan dalam tafsir ini ditulis tangan pada peringkat awalnya lantaran mereka tidak berkemampu an dan juga dilarang oleh pihak berkuasa. Tugas menulis tafsir ketika itu adalah satu amalan terlarang dan berisiko tinggi. Mereka yang disyaki menulis dan menyebar Rasa'il ini akan dikenakan tindakan tegas, bukan sahaja dipenjara, malahan diseksa dan dianiaya.
Sai'id Nursi berjaya mengharungi segala macam tribulasi dengan tabah dan tenang. Ketika di Barla, beliau menghabiskan masanya mengajar Tafsir secara rahsia. Dalam tempoh tersebut beliau sempat menyiapkan 1/3 Rasail Nurnya. Beliau mengarang Rasa'il di atas sebuah pondok yang dibina anak muridnya.
Ketika itu penulisan atau penyebaran
walaupun hanya 1 karya agama bukanlah sesuatu yang sesiapa pun berani lakukan. Inilah
perjuangan berani yang berterusan yang menjadi pilihan Badiuzzaman dan para
pelajarnya. Apabila keadaan di mana Rasa'il ditulis dan disebarkan ke
seluruh Anatolia diambil kira, maka betapa benar kata Maryam Jameelah,
“Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa apa saja keimanan Islam yang
masih ada di Turki pada ketika itu adalah atas usaha tanpa penat dari
Badiuzzaman Sa'id Nursi”.
Mereka yang memahami intipati iman
melalui Rasa'il mencapai tahap keimanan yang kental sehingga mampu menunjukkan
keberanian dan keperwiraan Islam yang hebat. Badiuzzaman, yang mewakili roh
Rasa'il sendiri telah menjadi pemimpin bagi ratusan ribu pelajar dan kini
telah mencapai jutaan pelajar yang menghayati karya tersebut. Beliau menjadi
contoh kepada orang-orang Islam lain di Turki ketika itu. Beliaulah penyokong
mereka di hari-hari yang penuh bahaya, seumpama seorang ketua tentera yang
memberi galakan kepada tenteranya melalui keberanian dan kewibawaannya sendiri.
Dengan ini, mereka pun berjaya menghilangkan ketakutan dan syak wasangka dari
hati orang ramai dan maruah negara dikembalikan. Mereka telah membawa harapan
dari kelegaan dan menyelamatkan orang-orang Islam daripada rasa cemas dan
kecewa.
Di Kastamonu selama 7 tahun, beliau masih terus menulis dan
menyebarkan Rasa'il Nur. Oleh sebab beliau dan para pengikutnya tidak diberi
kebebasan, mereka telah menubuhkan rangkaian pengirim Risale-i Nur yang
dinamakan “Posman Nur” (Nurju). Hasilnya, Posman Nur telah berjaya menyebarkan
sebanyak 600,000 naskah ke seluruh Anatolia.
Pada tahun 1943, di dalam penjara, beliau telah telah berjaya menghasilkan karya-karya baru kesinambungan Rasa'il Nur walaupun
kertas dan pen tidak dibenar masuk ke dalam penjara. Jadi, karyanya ditulis
atas cebisan-cebisan kertas yang dikoyak dari kampit-kampit kertas. Karyanya
kemudian diseludup keluar di dalam kotak-kotak mancis. Karyanya yang berjudul
“Buah-buah Iman” telah ditulis dengan cara ini.
Kesimpulannya Rasa'il Nur adalah kitab yang penuh keberkatan, ia telah menyelamatkan keimanan penduduk Turki ketika permulaan ekstrim era sekular. Syeikh Sa'id Nursi seolah-olah telah meramalkan ancaman idea-idea barat yang berbahaya kepada umat Islam pada masa hadapan, beliau juga mengintergrasikan tasawwuf dalam karyanya ini sebagai penyelesaian kepada masalah ummah. Dengan pandangan jauhnya, tidak hairanlah beliau mewasiatkan agar kitab Rasail Nur ini disebarkan dalam kalangan ummah.
Muaz Hj Mohd Noor & Faizuri Abd Latif, 2012, Tajdid Pendidikan Badiuzzaman Said Nursi dalam Kitab Rasail an-Nur. Jurnal Tamadun bil 7 (1) 2012
http://www.saidnur.com/foreign/malay/risaleler/nursitarihce.htm
Wikipediahttp://www.saidnur.com/foreign/malay/risaleler/nursitarihce.htm
No comments:
Post a Comment